Assalamualaikum WBT.
Wetland,Putrajaya - 28-30 jun lalu tarikh yang agak bersejarah bagi aku kerana inilah kali pertama sepanjang hidup aku menyertai sebuah kursus untuk individu yang bernama fasilitator. Bayangkan dari aku kecil sampai ke usia dewasa ini, langsung tak pernah terdedah dengan kursus berkaitan kerjaya ini. Yang lebih pelik bin ajaib tu, aku telah mempunyai syarikat konsultan aku sendiri. GILA!!hehe
FASSTRAIN edisi 7. Inilah nama kursus tu. Dikendalikan oleh ASA Explore sebuah konsultan yang kisah hidupnya lebih kurang kisah aku. Bermula dari bawah!!
Seperti biasa, first impression aku tentang kem2 seperti ini pasti penuh ceramah2 softskill atau pengkayaan ilmu. Bagi kebanyakan kem, sememangnya benda biasa bagi aku. Akan tetapi,kem ni lain sketla. Aku belajar banyak cara untuk menjadikan sebuah kem 'hidup' dan sentiasa bersemangat.
Korang tengok jela gambar ni. Apa agaknya korang akan fikir? Peserta dia memang sangat ramai dan modul dia memang OHSEM!
Tak sangka langsung rupanya kem ni sepenuhnya outdoor dan penuh aktiviti je. So,tanggapan awal aku memang salah!
Aku join kem ni agak lewat,lebih kurang jam 10.30malam. Apapun,sempat lagi aku join ice-breaking dorang. Malam pertama aku dalam kem ni,sangat letih kerana slot yang dinamakan MENCARI NAMA YANG HILANG.

