
Assalamualaikum para pembaca dikasihi.
Alhamdulillah selesai satu lagi program kepimpinan dari modul POSITIF LEADS saya. Kali ini kami berprogram di sebuah sekolah rendah agama di kampung Rantau Panjang, Klang. Cuaca pagi yang agak mendung tidak melemahkan semangat kami untuk hari ini. Walau para fasilitator saya agak terpisah kehadirannya, semuanya hadir dengan lancar.
Saya ternanti-nanti juga kehadiran mereka. Sepatutnya jam 7.00 pagi adalah jam paling lewat masa yang sepatutnya mereka tiba di rumah saya. Akhirnya saya bertolak sendiri kerana memikirkan takut-takut saya terlewat.
Saya tiba di kawasan sekolah sebelum jam 8.00pagi. Para peserta telah mulai membanjiri kawasan dewan program. Setelah jam 8.20 pagi, akhirnya saya mulakan juga program walaupun fasilitator saya masih belum tiba. Saya mulakan dengan sesi taaruf dan ice-breaking. Akhirnya fasilitator saya tiba ketika sesi taaruf di mulakan. Setelah lebih kurang 20 minit saya bertaaruf, saya menyerahkan sesi kepada fasilitator lain.