Tengahari ini
aku makan tengahari di sebuah restoran berdekatan tempat kerjaku. Banyak-banyak
kedai, kedai ini yang memenuhi selera aku. Paling popular, masak lemak cili api
dan air kelapa mudanya.
Masuk kali ini
sudah hampir 3-4 kali seminggu aku makan di sini. Langsung tidak sedar apa-apa
yang boleh dijadikan iktibar. Sehinggalah suatu hari aku dan rakan-rakan makan
bersama. Mereka rancak berbual tentang topik Mat Jenin.
Aku ingat lagi
kisah Mat Jenin. Seorang pemuda yang berangan-angan besar akhirnya jatuh dari
pokok kelapa. Mungkin kesudahannya kelapa tak dapat, patah tangan atau hilang
nyawa pula.
Apa silapnya?
Tujuan asalnya untuk memetik kelapa, sekerat jalan sibuk pula berangan
bagaimana rasanya menjadi tokeh kelapa. Salah ke berangan-angan? Bukankah kata
orang, jika mahu kaya mesti berangan dahulu bagaimana rasanya menjadi kaya
nanti?
