Monday, September 11, 2017

MY FIRST BOOK!




Alhamdu l i l l a h. Aku memanjat kesyukuran kepada Allah, akhirnya buku realiti pertama aku dapat juga disiapkan dan dilancarkan. Buku percubaan ni, aku ambil banyak situasi. Tujuan utama penulisannya berkisarkan FOKUS. Semuanya bermula ketika aku sedang memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar. Bila tiba di suatu selekoh, kesesakan berlaku. Pada hemat aku, mungkin ada kenderaan yang sedang 'buat hal' di depan kami. Mulalah mulut kami membebel. Kami tu aku dan 2 lagi rakan.

     Lepas sahaja selekoh, aku terkedu. Rupanya ada sekatan jalanraya. Mana tak terkedu, kereta kami ditahan. Pak polisi dakwa kami tak pakai tali pinggang. Takkanlah aku nak buat lawak cakap kat dia aku pakai talipinggang kat seluar. Siap-siap aku kena saman tambahan free nanti. Walaupun berkali-kali aku tunjukkan tali pinggang tercantum kemas, pak polisi tu taknak percaya. Mana keadilan? Aku dipaksa mengaku apa yang aku tak buat? Ceh..

Akhirnya.... 

Monday, November 17, 2014

Mat Jenin Moden?


Tengahari ini aku makan tengahari di sebuah restoran berdekatan tempat kerjaku. Banyak-banyak kedai, kedai ini yang memenuhi selera aku. Paling popular, masak lemak cili api dan air kelapa mudanya.

Masuk kali ini sudah hampir 3-4 kali seminggu aku makan di sini. Langsung tidak sedar apa-apa yang boleh dijadikan iktibar. Sehinggalah suatu hari aku dan rakan-rakan makan bersama. Mereka rancak berbual tentang topik Mat Jenin.

Aku ingat lagi kisah Mat Jenin. Seorang pemuda yang berangan-angan besar akhirnya jatuh dari pokok kelapa. Mungkin kesudahannya kelapa tak dapat, patah tangan atau hilang nyawa pula.

Apa silapnya? Tujuan asalnya untuk memetik kelapa, sekerat jalan sibuk pula berangan bagaimana rasanya menjadi tokeh kelapa. Salah ke berangan-angan? Bukankah kata orang, jika mahu kaya mesti berangan dahulu bagaimana rasanya menjadi kaya nanti?


Mana yang PERLU?

Umur sekitar 10-12 tahun aku akui sebagai saat-saat kemuncak keseronokan zaman kanak-kanak. Aku tidak merasa kecil walaupun masih kecil dan tidak merasa besar walaupun sudah berkhatan.

Memori indah bersekolah rendah di sebelah pagi mahupun sekolah agama di sebelah petangnya mempunyai memori tersendiri. Cikgu berkata ilmu adalah keperluan, ustaz pula berkata ilmu itu fardhu ain. Aku pula berkata, sekolah ini tempat bermain.

Bila aku kenang semula, aku setuju sangat kata-kata mereka. Itu adalah lumrah kehidupan. Cuma, berapa ramai yang sedar? Malah aku yakin, ramai sangat lagi orang di luar sana tak tahu atau tak pernah fikirpun tentang ini.

Aku tersenyum. Lantas aku capai sebatang pensil. Kemudian aku bertanya diri, apa yang aku perlukan dalam hidup? Semakin lama semakin samar bayanganku. Agak sukar. Lalu aku mudahkan, apa yang aku perlukan 5 tahun dari sekarang? Rumah sendiri. Aku pasti tidak lagi merempat di tanahair sendiri. Lagi? Ah, apa perlu aku lakukan hari ini?

Aduhai, hampir aku terlupa. Sepanjang hari ini aku perlu bekerja, malam nanti sah jumpa kawan-kawan seperti biasa. Perkara lain? Manalah sempat. Hiburan? Nantilah hujung minggu kalau ada bajet.

Aku dan ketam..

Tergelak besar aku bila sahabat sekampungku mengejek sahabat yang lain dengan gelaran ‘ketam’. Biasalah zaman sekolah rendah, budaya ejek-mengejek sudah menjadi tabiat turun-temurun. Aku sendiri diberi gelaran spesifik. Bila aku bertanya mengapa panggil dia ‘ketam’? mereka menjawab dia pandai cakap tapi diapun buat.

                Jika orang pandai cakap tetapi tak buat itu cakap tak serupa bikin. Berlainan pula gelaran ‘ketam’, khas untuk orang yang pandai bercakap baik tetapi buat juga yang salah.

                Bila dikenang semula, memang lucu. Selepas makan malam hari ini aku duduk bersandar di pangkin rumah lagi. Terkenang semula hal-hal lama. Mengenang untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran.

                Ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Pepatah melayu yang sangat mendalam maksudnya. Terpulang pada kita untuk mentafsirkannya.

                Dari satu sudut, aku terfikir memang begitulah kita sebagai manusia. Kita mengajarkan orang lain jangan berkata bohong, kita juga pernah berbohong. Malah kadangkala ditafsirkan ‘terpaksa’ berbohong. Bohong sunat katanya.