Alhamdu l i l l a h. Aku memanjat kesyukuran kepada Allah, akhirnya buku realiti pertama aku dapat juga disiapkan dan dilancarkan. Buku percubaan ni, aku ambil banyak situasi. Tujuan utama penulisannya berkisarkan FOKUS. Semuanya bermula ketika aku sedang memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar. Bila tiba di suatu selekoh, kesesakan berlaku. Pada hemat aku, mungkin ada kenderaan yang sedang 'buat hal' di depan kami. Mulalah mulut kami membebel. Kami tu aku dan 2 lagi rakan.
Lepas sahaja selekoh, aku terkedu. Rupanya ada sekatan jalanraya. Mana tak terkedu, kereta kami ditahan. Pak polisi dakwa kami tak pakai tali pinggang. Takkanlah aku nak buat lawak cakap kat dia aku pakai talipinggang kat seluar. Siap-siap aku kena saman tambahan free nanti. Walaupun berkali-kali aku tunjukkan tali pinggang tercantum kemas, pak polisi tu taknak percaya. Mana keadilan? Aku dipaksa mengaku apa yang aku tak buat? Ceh..
Akhirnya....
Akhirnya aku disaman. Lalu berlalu dengan muka layu. Bak bunga mekar disiram air kencing. Hehe. Kalau korang nak tau, memang aku tak pakai tali pinggang keledar tadi. Bila nampak pak polisi tu baru kelam kabut nak mencari. Lastly, kena saman. Padan muka kau! Selepas kejadian tak diingini tu, aku mula terfikir apa tujuannya tali pinggang diciptakan? Untuk keselamatan diri atau kerana takutkan polis? Inilah bermulanya kisah penulisan buku ni. Ironinya, banyak lagi kisah lain yang sinonim dengan kisah aku ni.
KITA ADALAH APA YANG KITA FOKUSKAN. Lalu aku menulis tentang bagaimana aku dapat bantu mengingatkan orang lain tentang fokus yang betul. Fokus kita sebagai Hamba Allah yang HAKIKATNYA tiada berkuasa tetapi merasa diri kita berkuasa. Dari asas tajuk inilah akhirnya terkumpul dalam buku ini 20 tajuk yang WAJIB anda baca!
Apa tujuan kita diciptakan?
Kita hidup untuk apa?
Wujud-kah ke'ajaib'an?
Kita boleh jadi 'penyelamat' dunia?
Siapa sebaik-baik manusia?
Kenapa Negatif balas positif?
Emosi orang lain satu peluang?
Bagaimana untuk 'serasi'?
Bagaimana mengurus kehendak?
Anda dah buang tebiat?
Kita sebenarnya sebuah kereta?
Bergunakah Madu expired?
Tepati masa amalan tak baik?
2 hal paling penting?
Banggakah kita umat terbaik?
Islam itu 'mudah'?
Sihir, dengan izin Allah?
Setiap yang baik ada yang 'lebih' baik?
Kita salah alamat?
Wujud-kah ubat kurus?
Fardhu kifayah itu sunat?
Semua persoalan di atas adalah antara soalan yang bakal dijawab di dalam buku ini. Jika ia terkena batang hidung anda sendiri, anda wajib memilikinya. Mempunyai 120 halaman bercetak & berkulit licin. Buku bergenre motivasi dan bimbingan ini diterbitkan oleh AW Consutancy, sebuah syarikat perundingan motivasi, kepimpinan dan keagamaan.
Buku ini hanya boleh didapati dari aku sendiri atau marketing team aku di talian di bawah sekali post ini. Nak try jadi dropshippun boleh. Akan datang, jangan cakap aku tak ajak atau tak bagi peluang ye. Lebih baik cepat rebut peluang!
Kata seorang coach: "orang kita memang PERLUKAN MOTIVASI tapi taknak mengaku! ". So, sebenarnya pada pendapat peribadi aku, semua orang WAJIB beli buku-buku motivasi, ambil sedikit masa membacanya, buat apa yang disarankan dan rasakan impaknya!
ITU BERMAKNA.. ANDA PERLU BELI, BACA, BUAT DAN RASAKAN IMPAK DARI BUKU AKU NI!! aku dah tunjuk jalan, terpulang anda untuk memilih. Terima kasih semua 😄💟
UNTUK MEMILIKI BUKU INI, SILA WHATAPPS KE 017-669 7925 (sdr. Sadli) 😍


No comments:
Post a Comment