Sunday, June 23, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN SEKOLAH

Suapan pertama untuk orang lain..

Amboi..malu-malu kucin plak ceh!

Team-building

Sedia!

Amboi..seronoknye..

Siap posing lagi tu..

Ubah persepsi negatif kepada POSITIF!

Bukan mudah nak membina nama baik..

Rakan-rakan yang boleh dipercayai?

Tak percaya jangan buat!!!

Apa anda lakukan?

Semangat dik,semangat...

berpeluh..

Hepi semacam ni nape?

kreatif tak?

Siapa nak mula dulu?

owh idea..mari ke mari..

Baru taw cmne sukarnya nak berkomunikasi cara berkesan..

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah

peserta gugurl yg cute2
Hulu Langat - Pada 14 - 16 jun lalu, aku terlibat dalam satu program kem kepimpinan yang diadakan di Iman De Semungkis Campsite. Kem ini adalah anjuran Sek.Men Keb Banting dan dilaksanakan oleh AWC (aw-c.blogspot.com).

Para peserta terdiri dari warga pengawas SMKB. 4orang fasilitator terlibat dan diselia pantau oleh cikgu Naudi(guru pengawas SMKB).

Aku tiba tepat jam 2.30 petang. Setelah sedikit persiapan terakhir dibuat,program bermula jam 6.00ptg kerana peserta terlewat tiba. .

HARI PERTAMA (14JUN)

Setelah semua persiapan telah disiapkan. Aku terpaksa memulakan ICE BREAKING dengan masa yang singkat kerana program sepatutnya bermula jam 5.00 ptg. Setelah itu aku pulang semula ke Banting dan menyerahkan sepenuhnya program kepada fasilitator yang dilantik.

Malam itu aku tak tahu apa yang berlaku kerana kenderaan aku digunakan orang lain dan aku tak dapat kembali ke sana.

Adegan drama: Suduku dimulutmu
HARI KEDUA (15JUN) 

Aku sampai lebih kurang jam 2.00ptg. Peserta sedang dalam slot team-building. Setelah itu aku mengambil alih slot ceramah tentang tanggungjawab kepimpinan sekolah selama lebih kurang satu jam setengah. Setelah itu, pelbagai slot disajikan untuk peserta. Antaranya slot Riadah-bermain bola air di kolam mandi dan sungai bersebelahan. Dan macam biasa, pasukan aku menang lagi.YEAH!!

Setelah makan malam jam 6.30ptg,kami solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib oleh aku sendiri. Sebelah malam peserta disajikan pula slot DEBAT pemimpin ala parlimen. Sebelum tidur mereka semua terlibat dengan slot Back To Basic yang mengkehendaki mereka berjalan sorang2 dalam kegelapan malam(kira2 jam 1.00pg)ke checkpoint tertentu.

Akhirnya kami tidur dalam jam 4.00pg. Qiyamulail dibatalkan.

adui malu2..taik kucin!hehe


tadi ko bagi sudu ea,ni kali makan jari aku ni hehe
HARI TERAKHIR (16JUN)

Slot:Cermin Jebon
Hari terakhir ini dimulakan dengan riadah pagi yang disajikan dengan pelbagai games menarik. Selepas bersarapan, peserta terus masuk ke dewan untuk slot MINDA KREATIF yang bertujuan untuk menguji peserta bagaimana menyampaikan arahan dengan berkesan atau KOMUNIKASI BERKESAN dan penutup program.

Apa yang aku dapat pelajari dalam kem ini;
1) Cara berkesan menyampaikan matlamat
2) Menghormati pendapat orang lain
3) Bersabar dengan apa yang orang lain tidak tahu
4) Melaksanakan tindakan bukan dengan emosi

Itulah pengalaman berharga yang aku tak dapat lupakan. Selepas ini perlu bersedia pula untuk program minggu hadapan. Sukar juga untuk mempengaruhi orang lain ye.Takpe, aku takkan berhenti di sini! Jumpa lagi akan datang. Adios! ^_^

Kursus Pertama 2013

Kursus GURU SEBAGAI PENDAKWAH,ILDAS INN,Sabak Bernam.Selangor

Assalamualaikum WBT.

Cuti sekolah awal bulan jun 2013 lalu aku plan malas nak buat apa-apa program. Semua gara-gara PRU.hehe

Semua orang mesti pernah pergi kursus kan? Aku pun tak terlepas. Baru-baru ini(10-11jun) aku diarahkan untuk berkursus 2hari di ILDAS (institut latihan dan dakwah selangor) di daerah Sabak Bernam.

KURSUS GURU SEBAGAI PENDAKWAH nama dia. Seperti yang aku rancang, sehari sebelum hari kejadian aku hubungi seorang lagi rakan yang turut sama terlibat. Rupa-rupanya dia tak pergi kerana terlibat dengan kursus di tempat yang lain. Akhirnya aku ambik keputusan untuk menunggang motorsikal sahaja.

Mengikut pengalaman aku, dari banting ke sabak bernam memang tersangatlah jauh. Akan tetapi, dah takde orang nak pergi..aku nekadkan juga ar merempit sorang-sorang. Kerana sibuk mencari rakan untuk menghantar aku ke sana, jadual sepatutnya aku sampai di ILDAS 7.30 untuk pendaftaran tergendala sehingga jam 11.00 pagi baru aku bertolak.

Dari banting, aku isi minyak penuh. Aku bahagikan perjalanan aku kepada beberapa peringkat. Dari banting ke klang:awal perjalanan pertama. Dari klang ke kapar:awal perjalanan kedua. Dari Kapar ke kuala selangor:awal perjalanan ketiga.

Dari kuala selangor - tanjung karang:separuh perjalanan pertama. Dari tg.karang - sg.besar:pertengahan jalan kedua. Dari sg.besar ke sekinchan:pertengahan jalan ketiga. Dari sekinchan - sabak bernam 1:akhir perjalanan pertama. Dari sabak bernam 1 - sabak bernam 2:akhir perjalanan kedua. Dari sabak bernam2 - bagan nakhoda omar: akhir perjalanan ketiga.

Aku hengatkan dah sampai. Rupanya dari bagan nakhoda omar - ildas tu agak jauh juga. Paling aku tak dapat lupa masa di kuala selangor, minyak motor aku habis. menolak sikit dengan hati yg berbelah bagi nak teruskan atau balik. Akhirnya aku sampai di ildas inn.

Nampaknya slot-slot sebelah pagi aku langsung tak dapat join. Mula sebelah petang sampailah yang terakhir.  Baru aku tau kenapa banyak dugaan nak ke sana. Apapun,semuanya memang bermanfaat. Ilmu berdakwah makin bertambah. Teori dan praktikalnya memang berbaloi. I.allah ada masa aku borak lagi.

Inilah pendakwah-pendakwah yang hadir
 Dalam perjalanan balik, dari ildas ke sg.nipah,sg besar mengambil masa 1jam. Dari sg.besar ke Pantai remis,jeram 1jam lagi. Aku sempat gak menyinggah tengok-tengok pantai remis yang dah banyak berubah ni.
nilah jalan masuk ke pantai remis

Para pengujung yang hadir

Pantai Remis,Jeram

Dah banyak berubah

di sini aku tercari-cari lala,tp takde

 Dari pantai remis ke rumah aku tepat-tepat 1jam jugak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mudah-mudahan ilmu yang diterima dapat aku manfaatkan sebaiknya. Amin.

MORALNYA: SIAPA YAG BERSUSAH PAYAH UNTUK MENUNTUT ILMU, ALLAH AKAN MUDAHKAN USAHANYA UNTUK KE SYURGA. itulah harapan aku. Jumpa lagi . Adios ^_^

Sunday, June 9, 2013

Tanpa Putus asa!

Aku Motivator-idola

Assalamualaikum wbt.

apa kabo agaknya kawan-kawan aku sume sekarang ni. Lame gile aku tak lepak ngan diorang. Dah lama jugak aku tak mengomel kat blog ni. Tu sampai arini cume ade 2orang pengikut setia je, nak main bola pon tak cukup ni. hehe

Harap maaflah. Sekarang ni aku dah mula jadi motivator. Bukan sebab aku dah pandai bercakap or guna ayat power tapi kerana ADA ORANG MULA PERCAYA kemampuan aku. Itu point paling penting.

So, membina kepercayaan orang ni bukan kerja mudah. Aku masih ingat lagi zaman mula berjinak-jinak jadi fasilitator. Menatang apa yang namanya fasilitator tu pon aku tak tau. Aku masih ingat lagi, rupanya aku kne ajar budak2 tentang pelajaran amali. Masa tu gaji aku selama sebulan tu RM25 sehari. Walaupon tempat lain harga biasa RM50 sehari. Maklumlah bodoh2 lagi kn.

Dari situlah aku jumpa kawan2 yang sama minat walau tak sama kacak. haha
Aku ingat lagi dari situlah aku berjinak-jinak dalam dunia konsultansi, mengarang program-program untuk anak-anak remaja. Aku bermula dari kejahilan sangat2. Jatuh bangunnya aku rasa sangat menyesakkan dada. Dengan pengkhianatan, miss com, penipuan dan macam-macam lagi.

Bila aku merasa kesakitan masa kini, aku sedar kesakitan ini tidak seperti kesakitan dulu. Aku lihat apa yang aku buat sekarang, masih sama macam dulu. Melaksana program untuk memberi ilmu kepada orang lain.

Mengapa aku masih di sini? ceh,mcm lagu XPDC pulak. Jawapannya simple,MATLAMAT YANG SAMA.
ye, walaupun aku masih belum berjaya tetapi hakikatnya aku telah banyak BELAJAR. Ni r gambar aku time bagi motivasi. enjoy k.Adios *_^

khusyuk betol diorang ni..


TAK JOIN SEMINAR,HUJAN LEBAT! :(


Assalamualaikum wbt.

Nampak poster seminar ni macam semangat nak pergi. Takpelah 'belanja' sket buat costume tu, janji nampak kelainan sket.

Sebenarnya aku dah dua kali join seminar-seminar Dr azizan ni. Not badlah. Lagi-lagi si Abang Abu-mekanik duit tu. Aku bukan fokus sgt dia punya 'hangat' tu, juz tambah ilmu. Bukan sahaja ilmu marketing, malah ilmu public speaking dia. 

Seperti yang pernah aku pelajari dulu, antara jenis-jenis ucapan ialah antaranya ucapan yang mampu MEMPENGARUHI PENDENGAR untuk bertindak. So kali ini aku juz nak kongsikan bab ni secara ringkas. Tujuannya MALAS nak panjang-panjang. Hish, kata nak jadi idola mana boleh malas-malas!!

Gelak besar aku dengar hati aku cakap macam tu. Bukan apa, malas ni walau negatif jika diberi nafas positif,boleh jadi positif tak? ok2. Sebenarnya malas nak panjang-panjang pasal malas nak buat keje laghoh(percoma). hehe bahasa melayunya SIA-SIA. Oklah,direct to da point.


Ucapan hebat.

Ucapan yang aku maksudkan kat atas tadi tu sebenarnya adalah ucapan yang mampu mendorong orang untuk melaksanakan sesuatu. Kira ibaratnya setiap butir ucapan kita mengeluarkan duit yang mampu menarik fokus pendengar untuk mendengar.

Ini bukan sahaja ucapan yang ada sense of humour, tetapi ucapan yang menyebabkan pendengar tak sabar-sabar nak balik rumah untuk melaksanakannya. Susah ke?

Aku cuba kongsikan kat sini beberapa cara. Antaranya ialah :

1) Beri ucapan yang memberi pengalaman baru atau ilmu baru yang telah dipraktikkan.(cth:Dr.azizan)

2) Bermain dengan emosi pendengar, cuba lambatkan kata-kata pada perkataan-perkataan penting.(cth:Dr.Mahathir)

3) Beri tips-tips yang mudah dan tepat untuk diingat. (cth: Dr.Fadhilah kamsah)

4) Sedarkan pendengar tentang peluang yang semakin tipis. (cth: Datuk Sameon)

5) Gamit pendengar tentang kelemahan diri

6) Sedarkan pendengar tentang risiko kegagalan (cth: Cikgu Kamil superneuron)

7) Bermain dengan intonasi suara walaupun perkataan yang disebut biasa-biasa sahaja.(cth: Doyok)

Oklah. Mudah-mudahan bermanfaat. Jumpa lagi lain entri. Tatatititutu.. ^_^