![]() |
| Kursus GURU SEBAGAI PENDAKWAH,ILDAS INN,Sabak Bernam.Selangor |
Assalamualaikum WBT.
Cuti sekolah awal bulan jun 2013 lalu aku plan malas nak buat apa-apa program. Semua gara-gara PRU.hehe
Semua orang mesti pernah pergi kursus kan? Aku pun tak terlepas. Baru-baru ini(10-11jun) aku diarahkan untuk berkursus 2hari di ILDAS (institut latihan dan dakwah selangor) di daerah Sabak Bernam.
KURSUS GURU SEBAGAI PENDAKWAH nama dia. Seperti yang aku rancang, sehari sebelum hari kejadian aku hubungi seorang lagi rakan yang turut sama terlibat. Rupa-rupanya dia tak pergi kerana terlibat dengan kursus di tempat yang lain. Akhirnya aku ambik keputusan untuk menunggang motorsikal sahaja.
Mengikut pengalaman aku, dari banting ke sabak bernam memang tersangatlah jauh. Akan tetapi, dah takde orang nak pergi..aku nekadkan juga ar merempit sorang-sorang. Kerana sibuk mencari rakan untuk menghantar aku ke sana, jadual sepatutnya aku sampai di ILDAS 7.30 untuk pendaftaran tergendala sehingga jam 11.00 pagi baru aku bertolak.
Dari banting, aku isi minyak penuh. Aku bahagikan perjalanan aku kepada beberapa peringkat. Dari banting ke klang:awal perjalanan pertama. Dari klang ke kapar:awal perjalanan kedua. Dari Kapar ke kuala selangor:awal perjalanan ketiga.
Dari kuala selangor - tanjung karang:separuh perjalanan pertama. Dari tg.karang - sg.besar:pertengahan jalan kedua. Dari sg.besar ke sekinchan:pertengahan jalan ketiga. Dari sekinchan - sabak bernam 1:akhir perjalanan pertama. Dari sabak bernam 1 - sabak bernam 2:akhir perjalanan kedua. Dari sabak bernam2 - bagan nakhoda omar: akhir perjalanan ketiga.
Aku hengatkan dah sampai. Rupanya dari bagan nakhoda omar - ildas tu agak jauh juga. Paling aku tak dapat lupa masa di kuala selangor, minyak motor aku habis. menolak sikit dengan hati yg berbelah bagi nak teruskan atau balik. Akhirnya aku sampai di ildas inn.
Nampaknya slot-slot sebelah pagi aku langsung tak dapat join. Mula sebelah petang sampailah yang terakhir. Baru aku tau kenapa banyak dugaan nak ke sana. Apapun,semuanya memang bermanfaat. Ilmu berdakwah makin bertambah. Teori dan praktikalnya memang berbaloi. I.allah ada masa aku borak lagi.
![]() |
| Inilah pendakwah-pendakwah yang hadir |
![]() | ||
| Para pengujung yang hadir |
![]() |
| Pantai Remis,Jeram |
![]() |
| Dah banyak berubah |
![]() |
| di sini aku tercari-cari lala,tp takde |
Dari pantai remis ke rumah aku tepat-tepat 1jam jugak. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Mudah-mudahan ilmu yang diterima dapat aku manfaatkan sebaiknya. Amin.
MORALNYA: SIAPA YAG BERSUSAH PAYAH UNTUK MENUNTUT ILMU, ALLAH AKAN MUDAHKAN USAHANYA UNTUK KE SYURGA. itulah harapan aku. Jumpa lagi . Adios ^_^







No comments:
Post a Comment