![]() |
| peserta gugurl yg cute2 |
Para peserta terdiri dari warga pengawas SMKB. 4orang fasilitator terlibat dan diselia pantau oleh cikgu Naudi(guru pengawas SMKB).
Aku tiba tepat jam 2.30 petang. Setelah sedikit persiapan terakhir dibuat,program bermula jam 6.00ptg kerana peserta terlewat tiba. .
HARI PERTAMA (14JUN)
Setelah semua persiapan telah disiapkan. Aku terpaksa memulakan ICE BREAKING dengan masa yang singkat kerana program sepatutnya bermula jam 5.00 ptg. Setelah itu aku pulang semula ke Banting dan menyerahkan sepenuhnya program kepada fasilitator yang dilantik.
Malam itu aku tak tahu apa yang berlaku kerana kenderaan aku digunakan orang lain dan aku tak dapat kembali ke sana.
![]() |
| Adegan drama: Suduku dimulutmu |
HARI KEDUA (15JUN)
Aku sampai lebih kurang jam 2.00ptg. Peserta sedang dalam slot team-building. Setelah itu aku mengambil alih slot ceramah tentang tanggungjawab kepimpinan sekolah selama lebih kurang satu jam setengah. Setelah itu, pelbagai slot disajikan untuk peserta. Antaranya slot Riadah-bermain bola air di kolam mandi dan sungai bersebelahan. Dan macam biasa, pasukan aku menang lagi.YEAH!!
Setelah makan malam jam 6.30ptg,kami solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib oleh aku sendiri. Sebelah malam peserta disajikan pula slot DEBAT pemimpin ala parlimen. Sebelum tidur mereka semua terlibat dengan slot Back To Basic yang mengkehendaki mereka berjalan sorang2 dalam kegelapan malam(kira2 jam 1.00pg)ke checkpoint tertentu.
Akhirnya kami tidur dalam jam 4.00pg. Qiyamulail dibatalkan.
![]() |
| adui malu2..taik kucin!hehe |
![]() |
| tadi ko bagi sudu ea,ni kali makan jari aku ni hehe |
HARI TERAKHIR (16JUN)
![]() |
| Slot:Cermin Jebon |
Apa yang aku dapat pelajari dalam kem ini;
1) Cara berkesan menyampaikan matlamat
2) Menghormati pendapat orang lain
3) Bersabar dengan apa yang orang lain tidak tahu
4) Melaksanakan tindakan bukan dengan emosi
Itulah pengalaman berharga yang aku tak dapat lupakan. Selepas ini perlu bersedia pula untuk program minggu hadapan. Sukar juga untuk mempengaruhi orang lain ye.Takpe, aku takkan berhenti di sini! Jumpa lagi akan datang. Adios! ^_^





No comments:
Post a Comment