Assalamualaikum wbt.
Nampak poster seminar ni macam semangat nak pergi. Takpelah 'belanja' sket buat costume tu, janji nampak kelainan sket.
Sebenarnya aku dah dua kali join seminar-seminar Dr azizan ni. Not badlah. Lagi-lagi si Abang Abu-mekanik duit tu. Aku bukan fokus sgt dia punya 'hangat' tu, juz tambah ilmu. Bukan sahaja ilmu marketing, malah ilmu public speaking dia.
Seperti yang pernah aku pelajari dulu, antara jenis-jenis ucapan ialah antaranya ucapan yang mampu MEMPENGARUHI PENDENGAR untuk bertindak. So kali ini aku juz nak kongsikan bab ni secara ringkas. Tujuannya MALAS nak panjang-panjang. Hish, kata nak jadi idola mana boleh malas-malas!!
Gelak besar aku dengar hati aku cakap macam tu. Bukan apa, malas ni walau negatif jika diberi nafas positif,boleh jadi positif tak? ok2. Sebenarnya malas nak panjang-panjang pasal malas nak buat keje laghoh(percoma). hehe bahasa melayunya SIA-SIA. Oklah,direct to da point.
Ucapan hebat.
Ucapan yang aku maksudkan kat atas tadi tu sebenarnya adalah ucapan yang mampu mendorong orang untuk melaksanakan sesuatu. Kira ibaratnya setiap butir ucapan kita mengeluarkan duit yang mampu menarik fokus pendengar untuk mendengar.
Ini bukan sahaja ucapan yang ada sense of humour, tetapi ucapan yang menyebabkan pendengar tak sabar-sabar nak balik rumah untuk melaksanakannya. Susah ke?
Aku cuba kongsikan kat sini beberapa cara. Antaranya ialah :
1) Beri ucapan yang memberi pengalaman baru atau ilmu baru yang telah dipraktikkan.(cth:Dr.azizan)
2) Bermain dengan emosi pendengar, cuba lambatkan kata-kata pada perkataan-perkataan penting.(cth:Dr.Mahathir)
3) Beri tips-tips yang mudah dan tepat untuk diingat. (cth: Dr.Fadhilah kamsah)
4) Sedarkan pendengar tentang peluang yang semakin tipis. (cth: Datuk Sameon)
5) Gamit pendengar tentang kelemahan diri
6) Sedarkan pendengar tentang risiko kegagalan (cth: Cikgu Kamil superneuron)
7) Bermain dengan intonasi suara walaupun perkataan yang disebut biasa-biasa sahaja.(cth: Doyok)
Oklah. Mudah-mudahan bermanfaat. Jumpa lagi lain entri. Tatatititutu.. ^_^
No comments:
Post a Comment