Monday, April 7, 2014

Kem kepimpinan: POSITIF LEADS


Assalamualaikum para pembaca dikasihi.
Alhamdulillah selesai satu lagi program kepimpinan dari modul POSITIF LEADS saya. Kali ini kami berprogram di sebuah sekolah rendah agama di kampung Rantau Panjang, Klang. Cuaca pagi yang agak mendung tidak melemahkan semangat kami untuk hari ini. Walau para fasilitator saya agak terpisah kehadirannya, semuanya hadir dengan lancar.

Saya ternanti-nanti juga kehadiran mereka. Sepatutnya jam 7.00 pagi adalah jam paling lewat masa yang sepatutnya mereka tiba di rumah saya. Akhirnya saya bertolak sendiri kerana memikirkan takut-takut saya terlewat.

Saya tiba di kawasan sekolah sebelum jam 8.00pagi. Para peserta telah mulai membanjiri kawasan dewan program. Setelah jam 8.20 pagi, akhirnya saya mulakan juga program walaupun fasilitator saya masih belum tiba. Saya mulakan dengan sesi taaruf dan ice-breaking. Akhirnya fasilitator saya tiba ketika sesi taaruf di mulakan. Setelah lebih kurang 20 minit saya bertaaruf, saya menyerahkan sesi kepada fasilitator lain.


9.30 - 11.00 pagi :
Maka seorang demi seorang fasilitator memperkenalkan diri. Hinggalah microphone kembali ke tangan saya, saya menjeling jam dari handphone saya. Alangkah terkejutnya saya masa bagi sesi taaruf tinggal lebih kurang 20 minit sahaja. Fikiran saya mulai bercelaru. Jika mengikut perancangan, masa yang diperuntukkan adalah termasuk ice breaking dan pembahagian kumpulan. Dengan masa tidak lebih 30 minit, semua itu belum lagi bermula.  

Lalu saya bergegas untuk memulakan sesi ice breaking dengan beberapa aktiviti. Saya mulakan dengan aktiviti berbaris dan menyusun barisan mengikut abjad nama dan bulan kelahiran. Setelah itu saya menyerahkan tugas kepada fasilitator kedua untuk aktiviti The Avangers, Benar-salah-benar dan aktiviti kita serupa. Masa yang diperuntukkan lebih kurang satu jam setengah dan kami terlajak sehingga slot seterusnya iaitu slot teamworks.

11.00 - 12.30 tengahari :
Sesi ini sepatutnya adalah sesi untuk temaworks. Akan tetapi oleh kerana sesi 'Sharing' iaitu tentang ciri dalaman dan luaran belum dilaksanakan, kami teruskan terdahulu dengan sesi sharing ini. Saya menyerahkan tugas kepada fasilitator seterusnya untuk aktiviti Positive thingking. Oleh kerana masa yang diambil olehnya terlalu lama dan melalut panjang, saya terpaksa 'merampas' semula tugas dengan aktiviti yang kedua iaitu 'Tiru macam saya' yang berkaitan dengan objektif patuh arahan.

Dengan waktu yang boleh dikatakan 'kecederaan', kami terpaksa skip banyak pengisian dalam slot kedua tadi untuk melaksanakan sesi teamworks yang telah dicerobohi haknya tadi.

Kami mulakan dengan aktiviti 'traffic jammed' yang akhirnya membuatkan kami semua jammed. Hanya satu aktiviti teamworks yang berjaya kami adakan pada sebelah pagi ini. Itupun telah terlajak masa sehingga jam 12.45 tengahari.

2.00 - 3.30 petang :
Setelah makan tengahari dan solat zuhur berjemaah, program petang ini dimulai dengan beberapa aktiviti LDK oleh fasilitator. Antara aktiviti yang sempat kami adakan ialah Bang-bang-boom-prang!, titanic dan 'Talian kasih'. Ini adalah aktiviti sambungan untuk slot teamworks. 

Sesekali peserta kebosanan dan saya gamatkan suasana dengan synergi:Lum sum sum. Aktiviti yang dirancang untuk sesi ini ialah explorace: mencari Alien. Dalam jam 3.00 petang barulah aktiviti explorace ini diadakan. Sepanjang aktiviti sangatlah berkecamuk dan memenatkan. Dengan peserta mengoyakkan sign, satu kumpulan dapat 2 password, fasilitator tidak tahu tempat dan hujan rintik-rintik yang membasahi bumi petang itu.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menamatkan aktiviti kerana kesuntukan masa tanpa koreksi moral dan pengajaran sepanjang aktiviti ini dilangsungkan. Setelah itu, majlis penutupan diadakan dan majlis berakhir tanpa apa-apa ucapan tahniah dan kegirangan peserta.

Akhirnya, peserta pulang dengan tangan kosong dan kepenatan, fasilitator kebingungan dan hati saya sangat tidak berpuas hati untuk program kali ini. Hanya satu yang bermain difikiran saya ialah saya sangat menantikan POST-MOTEM!


No comments:

Post a Comment