Sunday, August 10, 2014

Akhirnya menjadi..


Assalamualaikum geng! lame sungguh tak bertemu dengan posting-posting terbaru aku kan? Apepon Alhamdulillah..aku sihat walafiat. Aminnn. Khabar terbaru, aku dah lame tak berprogram seperti dulu. Aku ingat nak stop dulu. Maklumlah kerja makin banyak kan. 

Oklah kali ini aku nak celoteh2 sikit pasal aktiviti terbaru yang makin galak aku buat sekarang. Kalau korang nak tau, aku sekarang minat sangat nak tanam-tanam. Nasib baiklah laman rumah aku ni adela sekangkang kucing ni boleh buat tanam pape yang patut.

Dalam banyak-banyak tanaman, aku mulakan dulu dengan tanaman sayuran:KANGKUNG. Nama saintifiknya IPOMOEA REPTANS PIOR atau kangkung darat. Ade orang minat tanam kangkung dari teknik potongan batangnya. Mudah je, beli kangkung yang kat kedai tu(pastikan ade akarnya sekali) pastu potong bahagian atas dan masak. Yang selebihnya (batang berakar) terus tanam kat tanah, then tunggu jela sampai kangkung ni tumbuh bahagian atasnya semula.

Apapun, aku tak suke cara camtu. Aku rase macam tak puas kalau tak tanam dari kecik sampai besar. Jadinye, akupon carilah anak benih kangkung ni. Beginilah rupa benih kangkung kalau korang nak tau.



Mula-mula aku gembur tanah sampai lunyai. Tanah yang sesuai ade yang kate tanah gambut (hitam), ade juge yang kate tanah campur (gambut + tanah merah) dan ade juge yang kate guna tanah bakar.
Semua tanah tu aku dah cube. Bila baca kat tenet, dia kate tanah gambut ni masam (pH asid) so memang tak sesuai. Kalau nak gune juge perlu dicampurkan dengan tanah bakar or tanah merah. 

Kalau gune tanah campuran tanah merah, aku tak pernah cuba. Kalau guna campuran tanah bakar, lepas campur tak boleh terus tanam..kena siram dan biarkan beberapa hari lepastu baru boleh tanam. Ini kerana kata orang tanah bakar ni panas. 

Aku tanam dalam pasu 4segi je. Lepas digembur beberapa hari, aku buat longkang-longkang menegak untuk menanam benih tadi. Lepas tu letakkan benih mengikut longkang yang agak berjarak-jarak. Ade juge yg main tabur je benih tu tapi pada aku lebih baik berlongkang supaya kangkung lebih subur.





Tips:
#kangkung perlu banyak air, siram sekali waktu pagi (jika musim hujan) dan ditambah siraman lewat petang (jika cuaca panas).

#Untuk memastikan benih kangkung subur dan mudah bertunas, RENDAM benih dalam air sehari semalam.

#Benih yang tidak merekah tidak perlu disemai kerana itu tanda benih rosak.

Semoga bermanfaat ye. ^_^

No comments:

Post a Comment