Friday, November 25, 2011

Jadilah 10-1 jangan 1-10..

Ape bende la tu 10-1,1-10..dalam pening2 lalat tu,aku nak rungkaikan maksud sume tu.Biaselah dah namenye manusia ni,memang tak lepas dari kesilapan..ironinya,manusia mana pula yang suke buat silap kan..

Sebenarnya kebanyakan orang memang suke cari kesalahan orang lain.Korang tak setuju?oklah,cuba korang buat satu ujikaji,tak perlu guna jangkasuhu or termometerpon..apatahlagi nak kena masuk makmal bagai.Cuba korang kaji,tanya kawan-kawan korang,apa agaknya kebaikan yang diorang boleh senaraikan daripada kita?Mesti nak dapat 5 pon susah kan..

Tapi cuba korang suruh senaraikan keburukan daripada korang sendiri,silap-silap mahu cukup 1buku latihan tu kan..Nah!ini buktinye..Tak percaya lagi?

Aku maksudkan 10-1 tu ialah jadilah orang yang suka melihat orang lain dengan 9kebaikannya,bermakna dari banyak-banyak kebaikannya tolaklah 1 keburukannya coz biaselah kalau dah namenye manusia mesti buat silap..
Tuhan ciptakan manusiapon pandai tutup dan simpan keburukannya.Kerana itulah tuhan ciptakan punggung korang kat bawah dan belakang.kalaulah tuhan ciptakan punggung korang kat dahi,sape malu?amacam?nak?
hehe

Korang sendiri pandai tutup keburukan korang,nape nak war-warkan kesilapan orang lain pulak..Walau banyak mana orang lain wat silap,cuba didik diri kita tetap memandang orang dengan mengambilkira kebaikannya.Bila orang fokus kepada kesalahan seseorang,banyak mana kebaikan yang orang lain buat sekalipon,korang takkan pandang..ini tidak ADIL!!

Tuhan sendiri tetap akan bagi PAHALA pada sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun dia bukan orang baik.Kita pulak memandai-mandai nak menghukum orang lain.So,mulai hari ini,cube didik diri kita agar sentiasa bersangka baik pada orang lain.Tak rugipon..

Buat diri kita pulak,ingat satu perkara."JIKA KITA MELAKUKAN KESILAPAN DENGAN KEMAHUAN KITA SENDIRI,ITU BERMAKNA KITA SEDANG MEMAKSA ORANG LAIN UNTUK MELUPAKAN KEBAIKAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN ok.so,pikir-pikirkanlah ye :)

No comments:

Post a Comment