Assalamualaikum wbt semua. Kali ni aku nak posting beberapa aktiviti or games yg pernah aku buat untuk program-program. Mudah-mudahan kalau korang terbaca, bolehlah dimanfaatkan bersama wokey!
kali ni aku nak posting untuk slot Ice-Breaking. Mudah-mudahan berguna.
Untuk mengetahuinya lebih lanjut, sila klik baca lagi di bawah... ^_*
NAMA : INDUKSI
Alatan : TIADA.
Objektif:
- Menghilangkan rasa malu sesama peserta
- berkenal-kenalan
- Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Jangkamasa :
10 - 15 minit sahaja.
Manual :
· Peserta berbaris mengikut tahun,bulan dan hari
· Peserta berkenalan
· Peserta bersalaman dengan yang lebih muda mencium tangan yang
lebih tua.
· Peserta lebih tua pula membalas dengan memeluk yang lebih muda
sambil memanggil nama.
· lelaki dan perempuan berasingan
Moral of story:
1)Allah menjadikan manusia berbilang-bilang
2)silatur rahmi satu tuntutan
3)yang muda disayangi,yang tua dihormati
NAMA : KITA SERUPA
Alatan :
- Kertas 4 jenis warna
- kotak (atau bekas kosong)
Objektif:
- Menghilangkan rasa malu sesama peserta
- berkenal-kenalan
- Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Jangkamasa :
10 - 15 minit sahaja.
Manual :
· Setiap peserta diarahkan mengambil kertas warna di dalam kotak
secara rawak tanpa melihat.
· cebisan kertas digenggam
· Peserta mencari rakan yang memperolehi warna yang sama.
· berkenalan seberapa ramai peserta
· semua peserta terlibat
Moral of story:
1)Manusia mempunyai rasa malu
2)persamaan dapat menghilangkan rasa malu
3)persamaan yang baik menjamin integriti
NAMA : PLAN APPROVED!
Alatan :
- 8 keping gambar sederhana besar (apa sahaja gambar)
- gunting
Objektif:
- Menghilangkan rasa malu sesama peserta
- berkenal-kenalan
- Yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Jangkamasa :
20 - 30 minit sahaja.
Manual :
· Peserta ditunjukkan 8 buah gambar (kemudian digunting)
· 4 gambar untuk peserta lelaki (bergantung jumlah peserta)
· 4 gambar untuk peserta perempuan (bergantung jumlah peserta)
· Setiap peserta akan diberikan 1 cebisan gambar tadi secara rawak
· Peserta dikehendaki mencari gambar yang sepadan
· Setelah terbentuk kumpulan,bina nama ->
lantik ketua kumpulan -> cipta trademark
Moral of story:
1) Setiap orang ada peranan
tersendiri
2) Sahabat sejati saling
melengkapi
3) Bersatu kerana satu
matlamat
okeh! cukup untuk kali ini. Jumpa lagi post akan datang! ^_^
No comments:
Post a Comment