Bismilla-hirrahma-nirrahim. Hi all! selamat berjumpa lagi. Alhamdulillah. Okey kali ni pon aku malas nak cerita banyak, kali ni aku nak post pulak aktiviti terbaru khas untuk aktiviti TEAM-BUILDING pulak!
Korang tak tau ape tu team-building? aihhhh.. kalau ikut maksud perkataan sonang aih camtu. Team=kumpulan, Building pulak=pembinaan.
Padahal maksud team-building tu sebenarnya PEMBENTUKAN BUDAYA KERJASAMA. Tak kiralah untuk sekolah, ipt atau dewasa bekerja, budaya kerjasama ni memang sangatlah dituntut ye. Cuba fikir, camnelah nak capai satu matlamat yang sama kalau masing-masing dengan haluan masing-masing kan.
Hehe macam biasalah, aku pastikan aktivti yang aku cipta ni mesti ada objektif dan moral. So,senanglah nanti korang nak buat. Cuma perlu tentukan korang nak objektif camne dan moral yang camne gak.
Okeyla, malas nak banyak cerita lagi. Nak tau camne, klik je read more bawah tu ea. enjoy!!
Nama : LUKISAN IDAMAN
Objektif:
- Peserta sedar kepentingan
bekerjasama dalam menentukan matlamat
- Peserta tahu pentingnya perancangan dalam melaksanakan sesuatu matlamat
Alatan :
- Kain penutup mata
- kertas A3
- Pensel
Jangkamasa :
15 - 20 minit
Manual :
· Seorang wakil kumpulan dipilih untuk menjadi pelukis
· Mata pelukis akan ditutup
· Ahli lain berbincang arahan untuk pelukis
· Ahli lain memberi arahan langkah,pelukis melukis
· Pembentangan hasil lukisan
Moral of story :
1)Saling bantu-membantu dalam merealisasikan matlamat
2)Jangan hanya
menyerahkan tugas kepada orang lain.
Nama : ISTANA DAUN
Objektif:
- Sedar dalam jemaah
- Tahu jaga nama baik
- sedar kepentingan bekerjasama dalam menentukan matlamat
- Ada perancangan
Alatan :
- sekotak daun terup (mengikut jumlah kumpulan)
Jangkamasa :
15 - 30 minit
Manual :
· Setiap kumpulan diberi sekotak daun terup
· Daun terup digunakan untuk membentuk sebuah istana/kediaman
· Istana perlu disiapkan dalam masa ditetapkan
· Fasilitator memberi isyarat bertindak mengganggu pembinaan
istana
· Peserta sedaya upaya melindungi istana
Moral of story :
1) Istana = nama baik organisasi
2) Fasilitator = ujian & sikap negatif
3) Sentiasa memotivasikan diri & orang lain
Nama : PENTINGNYA AKU!
Objektif:
- Sedar dalam jemaah
- Tahu jaga nama baik
- sedar kepentingan bekerjasama dalam menentukan matlamat
- Ada perancangan
Alatan :
- Kertas A5 & pensil (mengikut jumlah kumpulan)
Jangkamasa :
15 - 30 minit
Manual :
· Kumpulan diarahkan menulis 10 perkara yang ingin sangat
dilakukan dalam hidup
· Selepas 2minit,peserta diminta memilih 3sahaja perkara tadi.
· Selepas 2minit kemudian,peserta diminta memilih 1 daripada
3perkara yang ingin sangat dilakukan sebelum mati.
· Peserta menerangkan mengapa 1perkara itu menjadi pilihan.
Moral of story :
1)Setiap hari perlu membuat pilihan
2)Matlamat perlukan perancangan
Nama : APEK ADA LONGKANG!
Objektif:
- Sedar dalam jemaah
- Tahu jaga nama baik
- sedar kepentingan bekerjasama dalam menentukan matlamat
- Ada perancangan
Alatan :
- Penutup mata (mengikut jumlah kumpulan)
Jangkamasa :
15 - 30 minit
Manual :
· Ahli kumpulan memilih wakil paling layak mengemudi bahtera
· Pengemudi menutup mata pekerja kapalnya
· Fasilitator menetapkan lokasi checkpoint
· Pengemudi dikehendaki mengarahkan pekerja tanpa menyentuh
· Pelayaran bermula
· Pelayaran diberi masa 10-15minit untuk ditamatkan.
Moral of story :
1)setiap kebaikan pasti ada ujiannya
2)bukan mudah membentuk sifat dan tabiat diri
Wokey! cukup untuk kali ini. Jumpa lagi akan datang ea! ^_^
No comments:
Post a Comment