.jpg)
Assalamualaikum wbt sekali lagi!
Korang sihat? Apa agaknya yang korang tengah buat masa ni? Cuba tanya pada diri, apa je yang aku buat arini logik atau tabiat?
Jika ternyata korang memang suka ikut tabiat, memang patotlah mat saleh bole kata otak orang melayu nilah paling cantik, pasal tak penah digunakan untuk BERFIKIR!
Come on beb! korang sedar tak, orang yang suka buat tabiat dye setiap hari adalah orang yang takyah penat-penat berfikir..kerja senang la katakan..Allah jadikan otak tu untuk berfikir weh!
So, menyahut tuntutan BERFIKIR tu, kali ni aku nak kongsikan beberapa aktiviti or games yang menjana kemahiran berfikir korang or peserta korang. Aktiviti ni aku bagi nama MINDA KREATIF!
So, enjoy okey!! ^_*
Objektif UTAMA :
- Tahu arahan memerlukan komunikasi berkesan
- Tahu arahan yang jelas ialah tanda komunikasi jelas
- perlu kreatif dalam kaedah berkomunikasi
- Sedar prinsip dalam komunikasi yang berkesan.

Nama : WAYANG KULIT.
Alatan :
1) Kad ABM licin
2) Pen marker Artline 500
Jangkamasa:
15 - 30 minit
Manual :
15 - 30 minit
Manual :
· Kumpulan melantik seorang wakil kumpulan untuk menjadi pelakon
· Pelakon akan ditunjukkan sepotong ayat
· Pelakon perlu melakonkan kandungan ayat tanpa suara
· Ahli kumpulan meneka dan menulis semula ayat
· Perlu menyampaikan 7ayat dalam masa 10minit sahaja.
Moral :
1)arahan memerlukan komunikasi berkesan
2)kreatif dalam menyampaikan ingatan.

Nama : INI CORETANKU.
Alatan :
- TIADA -
Jangkamasa:
15 - 30 minit
Manual :
15 - 30 minit
Manual :
· Setiap kumpulan dikehendaki memilih apa-apa lagu yang diketahui
ramai.
· Kemudian menukar lirik menjadi kata-kata nasihat
· Kemudian menyanyikan lirik tersebut bersama.
Moral :
· Aplikasikan kebaikan dalam minat
· Berfikir di luar kotak pemikiran biasa
Nama : PELIK TAPI BENAR.
Alatan :
- 13 batang paku 1/2 inchi
Jangkamasa:
15 - 30 minit
Manual :
15 - 30 minit
Manual :
· Setiap kumpulan diberi 13 batang paku
· Peserta dikehendaki berbincang cara untuk meletakkan 12 batang
paku di atas sebatang paku
· Peserta diberi masa 10 minit untuk menyiapkan tugasan
· Kumpulan yang tidak Berjaya dikenakan denda (selawat
20x,istiazah 10x dsb)
Moral :
· Tiada yang mustahil dengan sungguh-sungguh &tidak putus asa.
· Beri denda yang menguntungkan akhirat.
Wokeh! kali ni aku post 3 aktiviti je. Len kali nanti aku kongsi lagi. Semoga bermanfaat! ^_^
No comments:
Post a Comment